Sunday, August 31, 2014

Bermula Semula Di Sini..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Terima kasih & SELAMAT DATANG kepada semua para pengunjung/ pembaca blog Eim AG Menulis.. Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala, berjaya juga saya membina laman blog yang agak simple ini. Terima kasih ya Allah kerana sentiasa mempermudahkan urusan-urusan ku, alhamdulillah..

Eim AG Menulis.. Inilah nama blog yang saya pilih, sesuai sebagai tempat saya meluahkan & berkongsi apa yang ada dalam hati & fikiran. Selain tu, saya juga akan berkongsi apa-apa yang saya baca di blog-blog lain semasa blogwalking, yang saya anggap menarik & bermanfaat, in shaa Allah.

Mungkin apa yang bakal saya kongsikan di sini berunsur motivasi, peluang, tips-tips kesihatan, cerita & sebagainya. Tujuan saya berkongsi semua tu untuk bersama-sama merasa manfaat apa pun jua perkongsian tersebut, in shaa Allah.

So, bagi yang baru 1st time singgah di blog saya ni, terima kasih kerana sudi singgah, datanglah lagi & dialu-alukan berkongsi apa-apa saja catatan di blog ini yang dirasakan bermanfaat sekiranya ada, ins shaa Allah. Saya juga sangat menghargai kalau sudi mengajak famili, sahabat & kenalan sama-sama mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini. Semoga Allah melimpahkan keberkatan ke atas kalian, amiiinnn..

Wassalam.

~EiM aG~ ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...