| http://fuh.my/harga-minyak-ron95-dan-diesel-naik-20-sen-mulai-2-oktober-2014/ |
"Uik! Harga minyak naik lagi la!!!"
"Hah???!!!! Naik lagi?? Naik berapa???"
"20 sen"
"Adoyai... nanti harga barang-barang pun sure naik punya.."
Mungkin ini antara perbualan yang berlaku dalam negara kita ketika ini disebabkan berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang diumumkan semalam.
Terbayang juga nasib pengguna-pengguna jalan raya, yang bekerja pula rumah jauh dari tempat kerja, terpaksa meredah trafik berjam-jam yang akhirnya 'jammed'... mesti banyak minyak nak guna, kan.
Dan mesti belanja minyak pun naik.
Hmmmm... adakah gaji akan dinaikkan berikutan kenaikan harga minyak ni? Kalau naik, cukupkah untuk back-up penggunaan minyak setahun?Apa yang kita tahu baru-baru ini telah sah bahawa tidak akan berlaku kenaikan gaji untuk 2015. Jom kira! Kalau sebelum ini penggunaan minyak harian untuk pergi bekerja katalah RM10 sehari (andaian sahaja. Keadaan sebenar mungkin lebih lagi dari RM10). Bagi yang bekerja 270 hari setahun (andaian bekerja 6 hari seminggu, cuti 40 hari setahun), penggunaan minyaknya untuk ulang-alik ke tempat kerja adalah RM10 X 270 = RM2700 setahun.
Kenaikan harga terkini pasti akan melonjakkan penggunaan minyak ke sekurang-kurangnya RM13 sehari. RM13 X 270 = RM3510. Kena peruntukkan extra RM810 setahun untuk minyak. Bagaimana kalau harga tu akan naik lagi tahun depan? Kenaikan gaji? Errr.. setakat ni memang sudah sah kenaikan gaji tidak akan berlaku, ulang suara, tidak akan berlaku buat masa ini.
| Boleh baca di http://www.ammboi.com/2014/09/24/kakitangan-awam-bakal-terima-kenaikan-gaji-baru-pada-januari-2015-hanya-berita-palsu/ |
Tapi kita just bayangkan... bayangkan saja ya, bukan benar-benar berlaku... gaji bulanan dinaikkan sebanyak RM100. RM100 X 12 bulan = RM1200 setahun. Memang boleh cover extra RM810 penggunaan minyak berulang-alik ke tempat kerja, kan. Ada laaaa lebih RM320 setahun..
Senario sebenarnya, kereta yang kita miliki tu, bukan bertujuan sekadar kemudahan ke tempat kerja sahaja. Dan penggunaan minyak harian bukan setakat RM10 sahaja. Kan? Makanya RM1200 itu
pun sebenarnya tidak cukup. Itu kalau gaji naik. Setakat hari ini memang sah berita kenaikan gaji yang digembar-gemburkan baru-baru ini hanyalah palsu belaka.
Itu belum masuk bab harga barang-barang naik disebabkan harga petrol dan diesel naik.
Eh??? Kenapa pula harga barang pun kena naik juga???
Laaaa... Kan pergerakan barang-barang pengguna ni menggunakan kenderaan. Apa tu istilahnya...
LOGISTIK haaaa.. Logistik. Lori, kapal laut, van dan semua-semua yang mengangkut barang-barang
tu kan kenderaan berenjin guna petrol dan diesel. Mesti la harga barang pun naik untuk cover kos kenaikan harga minyak.
Kenaikan harga minyak ni bukan eksklusif untuk para pengguna sahaja, tapi kepada seluruh rakyat negara ini, termasuklah para peniaga, para industrialis. Oleh itu, memang kenaikan harga barang ni susah nak dihindari, sama ada sooner or later.. sama ada oleh sebab minyak naik harga atau gaji naik
atau natural inflation.. Hehe buat istilah sendiri :P
| http://drmaza.com/home/?p=2493 |
Ini bukan bertujuan menjadikan anda bertambah STRESS. Ini adalah senario yang lazimnya berlaku berdasarkan pengalaman-pengalaman kenaikan harga minyak sebelum ini. Aduan-aduan berkenaan harga barang naik, gaji tidak cukup akan jadi bahan bualan di mana-mana saja, bukan untuk tempoh masa yang sekejap. Tapi untuk beberapa waktu sehingga berlaku lagi kenaikan harga minyak atau harga barang yang seterusnya.
Ok. Ok. STOP. Jangan diteruskan mood stress ini..
Eh.. itu belum masuk bab cover hutang.. macam tidak akan cukup la gaji bulanan ni, belum masuk belanja diri, famili, keluarga di kampung... stresssss!!!!.. Ok STOP! CUKUP!.. ~(*O*)~
Terfikir pula betapa bahagia dan seronoknya kalau ada extra income setiap bulan. Kalau laaaa ada extra income setiap bulan 3 angka pun ok. Kalau extra 4 angka lagi la ok. Kalau extra 5 angka.. mak oii!!! Selesai masalah harga minyak naik ni. Kira, kira, kira.. wuuiiihhh!!! Banyak extra tuuuuu... Tapi dari mana hendak dapatkan duti extra setiap bulan tu??
Dari berniaga laaaaa... buat extra kerja.. insha Allah dapat la extra pendapatan.
Eh, mana ada masa buat bisnes.. Kerja from 9 to 5. Bila masa nak berniaga nyaaaa.. Sudah la penat. Balik rumah mesti nak rehat. Nanti besok kerja lagi, kalau rehat tidak cukup, kerja pun tidak produktif...
![]() |
| http://www.mariafirdaus.com.my/2009/11/potret-kejayaan-kemboja.html |
Memang betul la tu. Tapi sekarang kita dalam krisis harga minyak sudah naik. Kewangan kita pun sudah kureeeeeng gitu untuk menampung sara diri. Bolehkah kita buat tidak tahu, anggap semuanya macam biasa, nothis has happened...
Sedangkan jumlah nak disimpan setiap bulan (kalau ada) sudah berkurang, belanja makan minum harian diri sendiri sudah berkurang. Belum lagi belanja anak-beranak.. Ibu bapa.. Bolehkah kita duduk goyang kaki saja buat buat tidak tahu akan semua ni???
Saya bukan berniat memberi perspektif seorang pesimis. Hehehe.. Siapa kata tak boleh buat bisnes selepas waktu kerja? Buat bisnes tidak semestinya kena keluar rumah, pergi menjual dari rumah ke rumah atau kena setup kedai/kiosk berniaga di tapak-tapak perniagaan.
Berniaga zaman sekarang memang boleh dilakukan 100% dari rumah. Tahu ke tahu? :)
Ada ramai orang sebenarnya melakukan kerjaya berniaga dari rumah. Untuk menampung belanja bulanan, cari duit extra setiap bulan kerana gaji tidak mencukupi untuk diri dan keluarga. Cara paling mudah adalah berniaga dari rumah. Berniaga ATAS TALIAN atau orang kata ONLINE. Modal pun keciiiiiil.
Kan zaman sudah berubah. Kerjaya moden zaman ini melakukan perniagaan dari rumah, tidak perlu
keluar rumah sangat, memang berlaku..
Macam kami di Empayar MariaFirdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS). Kami berniaga secara online... Jual beli, promosi, transaksi membuat bayaran semuanya dari rumah saja.
Eh saya bukannya pandai berniaga online ni. Lagi pun saya bukannya ada komputer di rumah..
Laaaa.... Zaman sekarang zaman semuanya terletak DI HUJUNG JARI. SMS, buat panggilan telefon,
taip dokumen, emel, chat, status FB, etc etc etc.. Ramai orang ada alat yang dipanggil mobile phone, handphone dan smartphone. Dan ramai orang ada akaun FB.
Kalau kita amati betul-betul, ramai nyaaaaa orang guna smartfon tapi tidak menjana income atau keuntungan melalui smartfon tu, sekadar buat ambil gambar, video call, rakam itu, rakam ini, share itu, share ini, status itu, status ini.. tapi tidak pula digunakan untuk buat bisnes. Sayang nyaaaaa...
| http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=75791:girls-more-dependent-on-smartphones-than-boys-survey&Itemid=3#axzz3EwFnGkAR |
Mana-mana perniagaan pun, asasnya sama: urusniaga JUAL - BELI. Cuma bezanya berniaga online memang perlu ada laluan internet. Yang best nya, kebanyakan orang zaman sekarang memang ada smartfon, ada internet smartfon tu. Eh! So, boleh la buat bisnes online, kan??? Of coooooursee boleh.
Kalau kita boleh update status FB guna smartfon tu, boleh sms, whatsapp, telegram, wechat, twitter, instagram ka, haaaaa... insha Allah kita boleh buat bisnes online. Tak susah sangat pun. Macam kami di MFMS, ada mentor-mentor handalan yang bimbing macam mana buat bisnes online sampai berjaya. Ada sifu-sifu ajar macam mana buat blog untuk bisnes dan macam-macam lagi teknik berniaga online. Ada support group untuk saling beri tunjuk ajar.. Macam-macam adaaaaa..
Ada yang tak pernah buat blog atau tidak ada akaun FB, sekarang fuiiyyoooo status FB macam-macam, blog update hampir setiap hari. Siap bagi bermacam-macam tips lagi.. Bisnes pula menjadi-jadi. Huru-hara dan kencang gituuuu..
BISNES ONLINE ni sebenarnya memang mudah kalau anda tahu caranya, kalau anda ada mentornya, ada ilmunya, ada sistemnya, ada set tindakannya.. Saya nak tapi di mana nak dapatkan semua tu??? Tentang itu, anda kena la hubungi saya.
Boleh hubungi saya di whatsapp/telegram/wechat/sms 013-8833739.
Pengajarannya dari isu kenaikan harga minyak ni:
Jangan biarkan diri kita terbelenggu atau dibelenggu oleh keadaan. Setiap masalah adalah cabaran. Setiap cabaran adalah peluang untuk memperbaiki diri ke tahap yang lebih baik lagi. Setiap masalah yang datang ada pengajaran, ada penyelesaian. Tapi penyelesaian hanya akan menjadi kalau kita bertindak sekarang untuk mengubah nasib diri dan famili kita.
![]() |
| Bertindak sekarang. |
Kalau anda rasa coretan ini bermanfaat, silakan LIKE & SHARE dengan kawan-kawan anda agar
mereka pun turut sama mendapat manfaat darinya. Dan semoga anda pula mendapat share akhirat iaitu pahala kerana menyebarkan perkara yang bermanfaat positif kepada ramai orang, insha Allah.
Salam kekayaan dan kejayaan buat semua yang sudi membaca coretan saya. Semoga Allah permudahkan segala urusan hidup kita di dunia dan di akhirat, dan melimpahkan kepada kita hikmah, rahmat, barokah dan keredhaan-Nya. Amiinnn..
~M2B April 2016, berani berimpian mengubah kehidupan~


No comments:
Post a Comment