Saturday, October 25, 2014

ADA APA DENGAN MFMS??? KENAPA BAH KU BERUBAH

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat-sahabat Dunia Naeim. Saya doakan anda kaya dan berjaya di dunia dan akhirat, amiiinnn.. Terima kasih sentiasa setia membaca catatan Dunia Naeim. ^_^

Alhamdulillah, Dunia Naeim menyediakan satu lagi catatan terbaru yang.. mungkin agak lucu sikit tajuknya.. KENAPA BAH KU BERUBAH ^o^ dan mungkin membuatkan ada antara sahabat pembaca sekalian fikir "apa kena dengan Naeim ni, asyik 'gila' cakap pasal MFMS jerr..".. betul.. bukan gila tu yang betul, tapi apa yang anda fikir tu ada betul nya ^_^ ada sebabnya..

Saya bersyukur.. sangat-sangat bersyukur saya berubah. Kalau saya masih belum berubah, saya rasa blog ini pun tidak saya buat untuk berkongsi perkara-perkara baik yang sepatutnya WAJIB saya kongsikan. Sekarang ni alhamdulillah saya dapat rasakan mind set saya berubah.. banyak lah juga berubah nya, syukur pada Allah Taala.. Yeaaaayyy!!! (Teringin nak Yeaaaayyy hehehe)


Berubahlah

Ada Apa Dengan MFMS Ni???

Untuk menyertai team MFMS sebenarnya bukan pilihan saya pada mulanya. Ini adalah pilihan ALLAH. Kenapa saya katakan ianya pilihan Allah Taala? Kerana sebelum menyertai team (yang membuat mindset saya berubah dan banyak perkara-perkara magic berlaku dalam tempoh tidak sampai 2 bulan dalam team ini), saya buat solat istikharah dulu. Ketika itu saya ragu-ragu kerana ada isu-isu yang saya terbaca di internet melibatkan bisnes yang MFMS berkecimpung ketika ini.


Allah Knows

Bila disarankan oleh bakal mentor saya ketika itu untuk buat solat istikharah, saya lakukan. Saya bukanlah seorang yang rajin sangat hendak solat istikharah ni. Tapi ketika itu saya tertarik dengan konsep team MFMS ni, pada masa yang sama saya tidak ingin melibatkan diri dengan sesuatu yang meragu-ragukan saya.

Saya buat lah solat istikaharah 3 hari berturut-turut, pada saya ketika itu. 3 kali itulah yang saya mampu buat. Tetapi selesai solat istikharah yang pertama, saya sudah rasa lain.. rasa tenaaaaaang sangat-sangat. Rasa yang sudah lama saya tidak rasakan. Malah saya rasa fikiran tidak terasa berat.. Rasa ingin tahu lebih lagi tentang MFMS..

Saya tidak mahu mudah diperdaya oleh perasaan, maka saya teruskan lagi solat istikharah hari kedua.. hari ketiga.. Semakin solat istikharah, semakin cenderung segala fikiran, hati, jiwa raga ke arah MFMS. Subhanallah..

Takkan lah Allah nak tipu hambaNya yang sungguh-sungguh memohon petunjuk dalam membuat pilihan demi kebaikan dirinya dunia dan akhirat.. kan kan kan...

Bagi saya, kalau Allah yang pilih MESTI, MESTI, MESTI yang terbaik. Dan bagi saya juga, kalau Allah sudah tunjukkan kepada saya apa yang terbaik buat saya dengan yakin dan penuh percaya, saya akan ikut pilihan Allah dengan izinNya jua.

Akhirnya saya faham maksud Allah memberikan saya petunjuk melalui solat istikharah. Dalam setahun ini,terutama beberapa bulan kebelakangan ini, saya sangat-sangat mencari mentor dan platform bisnes yang terbaik untuk saya berjaya dunia dan akhirat. Saya tercari-cari cara bagaimana saya hendak menuntut ilmu dari Dr. Azizan Osman sedangkan saya kurang kemampuan kewangan untuk menyertai latihan-latihan keusahwanan yang beliau anjurkan.

Saya tercari-cari mentor yang dididik oleh DAO yang boleh membimbing saya berjaya bukan saja dalam bisnes online tetapi juga dalam hidup. Yang mana mentor tersebut mestilah juga memiliki testimoni kejayaan beliau sendiri. Saya sudah puas gagal!

Saya mahu jadi kaya dan berjaya, dunia dan akhirat. Tidak salah kan ingin jadi kaya, asalkan kaya dan bertakwa. Boleh berzakat dan bersedekah banyak-banyak, wakaf banyak-banyak, bantu famili dan ramai lagi orang lain yang memerlukan, sebanyak yang boleh.. Nabi kita SAW pun sebenarnya kaya.

Bukan kah Nabi SAW diberikan kunci perbendaharaan langit dan bumi. Hehe.. Cucu cicit Nabi SAW kalau memberi unta sampai berpuluh/ratus ekor.. Kan mahal tuuuu.. Kan kaya tuuuu.. Unta bukannya murah, kan kan kan...

Maka dengan itu, tidak salah menjadi kaya asalkan jangan dilupa pada yang memerlukan dan jangan
dilupa juga kewajiban kepada Allah dan sesama manusia.

Saya mencari platform bisnes yang berpaksikan konsep JEMPUT-JEMPUT dan PANGGIL-PANGGIL REZEKI; buat usaha, beramal, beribadah belajar mengikhlaskan diri kepada Allah.. Rezeki datang mencurah-curah dari arah tak disangka-sangka..

Tidak salah kan kita meminta-minta kepada Allah, Tuhan Yang Maha Memberi dan Maha Mengabulkan Doa. Bukan kah Allah suka pada hamba-hambaNya yang memohon dan meminta kepadaNya.. Bukan kah sepatutnya hanya kepada Allah sajalah kita menyembah dan meminta pertolongan.. Kan dalam surah Al-Fatihah ada bilang begitu.


Kan..

Minta pada Allah agar kita ingat kita adalah hambaNya. Dia adalah Rabbul a'lamin. Tuhan semesta alam.

Saya juga mencari sesuatu yang saya boleh lakukan untuk memberi banyak manfaat bukan saja buat diri sendiri, tetapi manfaat yang lebih banyak lagi buat keluarga dan ramai orang lain yang mungkin mengalami masalah dan kebuntuan dalam hidup. Tidak kisahlah masalah kesihatan, kewangan, perhubungan dan bermacam-macam lagi masalah lain. Mungkin apa yang mereka perlukan adalah support dan doa.. orang yang boleh menginspirasikan mereka untuk berubah menjadi lebih yakin dan positif, menghadapi dugaan dengan lebih tenang dan yakin kepada Allah 1000000% bahawa Allah menguji kerana cinta kasihNya.

Dia menguji kerana hendak membersihkan dosa hambaNya. Dia menduga kerana hendak memberi pengiktirafan kepada hambaNya bahawa hambaNya itu layak menduduki syurga yang Dia ciptakan untuk mereka yang diredhaiNya..

Salah kah kalau kita cuba bantu orang lain walaupun yang dapat kita bantu hanya sekadar berkongsi
pengalaman, doa, kata-kata semangat, ilmu yang tidaklah banyak sangat.. Salah kah kalau kita berusaha membantu orang lain demi mendapatkan PENCEN KUBUR dan SAHAM AKHIRAT dari Allah Taala.. Tidak salah, kan kan kan..


Siapa saya sebelum bersama Empayar MFMS?

Dulu saya seorang yang hanya memikirkan kebaikan dan keuntungan diri sendiri. Saya dahulukan diri over sangat, famili tidak begitu saya risaukan. Saya tidak tenang dalam hidup. Banyak masalah yang saya hadapi termasuklah hal-hal ghaib. Saya mengalami kemurungan, rasa diri hilang arah tuju kehidupan. Saya lupa bahawa Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya. Tapi kala itu saya lupa.

Saya mula berubah setelah timbul sedikit kesedaran dalam diri; mahu mengubah nasib diri yang beberapa tahun ini tidak tentu arah tuju. Sampai bila aku harus dalam kebingungan dan dilema. Berapa lama lagi aku hendak hidup begini, sedangkan ibu bapa ku bukan semakin muda. Mereka semakin dimamah usia, aku tidak mahu mereka sedih selama-lamanya melihat aku begini.. (;_;)

Benarlah firman Allah dalam surah ar-Ra'd. Nasib seseorang manusia itu hanya akan berubah jika dia mengubah apa yang ada dalam dirinya.. Bukan bermaksud ubah diri buat operation sana sini ya hehe.. Maksud firman Allah tu lebih kepada mengubah sikap. Attitude. Pemikiran. Dan yang paling penting hubungan diri dengan Allah Taala dan dengan sesama insan.

That's what I need! That's what I've been looking for! Saya perlu berubah! I need CHANGE!


Apa terjadi setelah saya bersama empayar MFMS???

Saya lebih tenang. Mula ada keyakinan semula pada diri. Saya lebih menghargai dan menyayangi diri, ibu bapa dan famili. Saya masih menaruh harapan yang tinggi dan selalu berdoa agar Allah memberikan saya peluang untuk membahagiakan kedua ibu bapa saya. Saya juga mula menolong family dalam urusan seharian termasuk bisnes; in short, saya mula berubah.

Dulu saya tidak ada keinginan sangat hendak membantu bisnes keluarga. All I think about was ME, ME, ME! Aku mahu berjaya! Berjaya saja! Tapi dunia dan akhirat saya tidak seimbang. I was LOST!

Kini, rezeki mula mencurah-curah masuk untuk diri dan keluarga, bukan sahaja dalam platform bisnes MFMS tetapi juga dalam bisnes yang dijalankan oleh famili saya iaitu bisnes katering. Belum pun sebulan saya bersama dengan MFMS, order katering datang mencurah-curah sepanjang bulan September, subhanallah..

Dan masih lagi berlangsung keadaan rezeki datang mencurah-curah tu kepada famili saya. Subhanallah.. Alhamdulillah

Selain itu Allah kurniakan ilham mengusahakan tanah dengan tanaman halia. Idea menanam halia ini datang setelah Allah temukan mama saya dengan jiran kampung kami yang mengusahakan tanaman halia sejak awal tahun ini dan kini meraih pendapatan ribuan RM dalam tempoh sebulan tuaian hasil halia beliau. Ada saya ceritakan kisah ini dalam KISAH PENYEWA TANAH KOREK TANAH DAPAT RM3000. Boleh klik dan baca di sini.

Dulu, saya mana lah mahu tanam halia halia ni. Eh, tanam menanam ni bukan kerjaya yang Ooompphh bagi saya, helloooo..

Dulu itu lah saya.. Sekarang,, Haaaa.. cacing yang dalam tanah tu saya terkorek pun buat-buat tidak nampak, padahal saya geli cacing (*O*) ewww.. hehehe.. Amazing kan how people can change so much! Because Allah helps us change when we change what is inside of us.

Sekarang, dapat juga membantu sikit-sikit menginspirasikan hidup orang lain untuk bangkit semula dari kejatuhan yang dialami dalam hidup. Ini paling menggembirakan saya kerana saya tahu bagaimana rasanya hidup di saat seseorang itu mengalami kegagalan dan hidupnya terumbang-ambing tanpa arah. I know how it feels. I've been there before.

Allah.. Allah.. saya juga perlahan-lahan bangkit dan sembuh dari "life trauma" yang saya hadapi dalam setahun lebih ini. Trauma yang walaupun masih ada, tapi kian berkurangan kerana kebangkitan semangat dalam diri yang berpunca 1000000% dari Allah Taala. (What's with this girl and 1 million percent??) ;-)

True..

Allahu Ya Allah.. because of You, I am stronger! I am a better person! Insha Allah getting better, and better..

Terima kasih Allah, alhamdulillah. Apa yang Engkau tunjukkan kepada ku seusai 3 kali istikharah, Engkau beri ku petunjuk untuk cenderung bersama MFMS kerana di situ ada sesuatu yang membuat aku lebih dekat padaMu ya Allah. Engkau ada sediakan amalan-amalan rutin di situ untuk ku usahakan agar aku menjadi hambaMu yang lebih baik dari diri ku sebelum ini. Agar aku dapat berubah dan mendapat pula bimbingan keusahawanan online, pada kos yang tersangatlah mampu nya; untuk ku mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi.

Rupanya pelangi yang kau sembunyikan buat ku beberapa ketika ini ada kau letakkan di MFMS. You are the BESTEST! \(^O^)/

Thank you Allah for inspiring me and guiding me to make the right choice. Terima kasih ya Allah.

Mungkin sahabat-sahabat Dunia Naeim ada yang tertanya-tanya:

APA BENDANYA MFMS NI???
WHAT IS MFMS EMPIRE???
WHAT'S WITH MFMS???


MFMS: MariaFirdaus Millionaires In Shaklee.
The most happening Shaklee group in Malaysia.

Now to me.. it's the most AWESOME and MIRACULOUS too.

Miracles happen everyday to me ever since I'm with MFMS. Terima kasih ya Allah. Allahu Akbar!


Dunia Naeim
telegram/whatsapp/sms: 013-8833739

P/S: Inspirasikan diri mu dengan membaca ebook ini. Inilah ebook yang menjadi salah satu pemangkin saya untuk berubah. Silakan download. Ianya adalah PERCUMA. Hadiah dari ku untuk mu ^_^





Tuesday, October 21, 2014

PETUA MENYELESAIKAN MASALAH RESDUNG

Assalamualaikum .. Salam inspirasi, motivasi & kesihatan semua para pembaca blog Dunia Naeim. Terima kasih kerana sentiasa meluangkan masa anda untuk mengunjungi blog ini.

Alhamdulillah. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, dilimpahi Allah rahmat dan keberkatanNya yang tidak terhingga serta redhaNya untuk kebaikan anda dunia dan akhirat. Amiiinnnn..

Syukur kepada Allah dapat juga saya menyiapkan catatan tentang petua mengurangkan gejala resdung ini untuk santapan santai minda kita semua. Mudah-mudahan catatan ini bermanfaat buat semua terutama yang mengalami masalah resdung.

Kalau pun anda tidak mengalaminya, kongsikanlah petua ini dengan ahli keluarga atau saudara-mara dan rakan-rakan anda yang mungkin menghadapi masalah resdung. Kasihanilah mereka dengan berkongsi petua ini dengan mereka ya.

Petua ini saya dapat melalui pengalaman sendiri dan juga pembacaan saya. Gejala resdung memang suatu keadaan yang tidak menggembirakan pabila ia datang. Kata orang datang tak diundang.


Sinus Sihat VS Sinus Bermasalah

Saya yakin tiada siapa yang suka hidungnya sentiasa berair. Begitu juga dengan mata. Bagi ornag yang mengalami masalah resdung, kedua-dua organ penting ini sering rasa gatal yang amat, ditambah dengan bersin-bersin hampir sepanjang hari. Sungguh menyeksakan, kan. Kadang tu sesak nafas lagi. Huhuhu..

Kalau lah hidung berair ni boleh dikeringkan dengan hair dryer, mesti laku habis alat pengering tu di pasaran digunakan untuk mengeringkan hidung orang dilanda resdung.

Hakikatnya jauh sekali. Ramai yang mengalami masalah resdung zaman ini yang antara sebabnya ialah alahan terhadap habuk, asap, debunga, dan suhu sejuk. Tidak kurang juga yang alah pada sesetengah makanan yg mengakibatkan rasa gatal hidung, telinga dan mata.

Saya kongsikan dibawah ini beberapa tips mudah melegakan/ membantu menyelesaikan masalah resdung.

1- Bersenam: melakukan gerak kerja yang menyebabkan otot banyak bergerak dan tubuh berpeluh seperti berlari, berjalan, skipping, berkebun (mencangkul) dan sebagainya.


Berpeluh Boleh Membantu Melegakan Resdung

2- Sauna: Wap panas sauna membuat tubuh mengeluarkan peluh. Ia juga melegakan stress disebabkan banyak bersin dan hidung berair.

3- Ambil supplemen Set Resdung ABC Shaklee: Alfalfa Complex, B Complex dan Sustained Release Vita-C. Apa fungsi-fungsi makanan tambahan ini?:


Set Resdung ABC

-ALFALFA COMPLEX: herba hebat yang kaya dengan klorofil. Ia membantu dalam mengurangkan keradangan akibat resdung (terutama kawasan hidung/sinus), ekzema, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

-B COMPLEX: terdapat vitamin B6 yang penting untuk memulihara selaput lendir yang sihat. Ia juga membantu pengeluaran semulajadi antibodi badan kita. Vitamin B Complex turut membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh kita. Ia turut membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati. Selain itu ia memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress.

-VITAMIN C: vitamin yang bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan dadah atau ubat-ubatan anti histamin. Ia membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh.Selain itu, ia membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (rasa sesak nafas). Vita-C juga.turut meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih). Ia meningkatkan lagi pertumbuhan tisu tubuh terutama bahagian yang dilanda resdung (akibat asyik menggosok hidung kerana rasa gatal resdung).

Senangkan nak kurangkan gejala resdung. Selain ke salun untuk buat facial resdung, apa kata try petua-petua tadi. Lebih sihat dan alami.

Sekiranya sahabat2 semua inginkan bantuan mendapatkan set resdung ABC ini, boleh hubungi saya melalui telegram/whatsapp di 013-8833739. Insha Allah saya akan cuba bantu.

Terima kasih masih tetap setia membaca blog ini. Diharapkan anda suka dengan petua-petua yang telah saya kongsikan tadi. Mudah-mudahan bermanfaat. LIKE dan SHARE lah petua ini sekiranya anda rasa ianya boleh membantu sesiapa saja ahli keluarga dan kenalan anda yang bermasalah resdung.

Semoga kita semua dikurniakan Allah Taala kesihatan, kesejahteraan & keberkatan hidup dunia dan akhirat, amiiinnnn...


Dunia Naeim
~membantu menyelesaikan masalah resdung~

013-8833739
(whatsapp/telegram/wechat/SMS)

Tuesday, October 14, 2014

KISAH PENYEWA TANAH KOREK TANAH DAPAT RM3000

Assalamualaikum & salam sejahtera.. Salam inspirasi & motivasi semua sahabat-sahabat setia blog Dunia Naeim.

Alhamdulillah, thank you Allah. Engkau beri aku peluang untuk memberikan satu lagi catatan di blog ini agar menjadi manfaat buat sesiapa saja yang membacanya. Bak kata mentor saya, erti hidup pada memberi. Semoga beliau dikurniakan Allah kesihatan dan umur yang panjang, keberkatan hidup dan kelimpahan kekayaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Amiiinnn..


Alkisah... Tersebutlah kisah...

Hehe.. Pagi tadi mama saya kejutkan saya dari tidur:
"mahu ikut?" tanya mama.
"ndak" short and simple saja jawapan saya dengan mata masih tertutup :-P

Sambil saya yang masih tergolek berbaring tu saya berfikir, mama mahu pergi mana?

Bingkas saya bangun.

"Ma.. pergi mana?" tanya saya pada mama
"Mana lagi.. kebun la.. kata mahu tanam halia"

Masa sarapan pagi saya beritahu mama lain kali bagitau awal-awal, malam semalam tanya bila nak pergi kebun, tapi mama diam saja.

Sambil hati berkata "nanti pi kebun sorang sorang". Teeeet! Hehehe..

On the way ke kebun

Syok nyaaaaa pergi kebun. Lamaaaaa tak pergi kebun. Bersemangat betul saya hendak pergi ke kebun mengusahakan tanaman HALIA.. Biar betul niiii Naeim.. Betul lah tuuu.Apa yang nak diherankan nya pulaaaa..


Why Da Becoz

Ni la soalan yang pernah ex-students tanya pada saya ketika bergelar guru dulu. They wanted to ask WHY. Saja je add extra DA BECOZ.. Wowwww.. Naeim cikgu dulu???? Ha ah.. ex (^^,)

Kenapa saya bersemangat hendak tanam halia 5 ekar ni? Ni semua gara-gara mama saya terjumpa kawan dia di tamu (macam pasar tani) kelmarin. Pangkat makcik bagi saya lah. Anak lelaki makcik ni pun ada sama masa tu. Kalau ikutkan asalnya mereka ni bukan orang senang. Kami kan duduk sekampung. Tahu la sikit-sikit asal-usul mereka. Memang bukan keluarga senang.

Anak lelaki makcik ni nama dia J. Saya beri gelaran tu untuk menjaga privasi beliau. Beliau ni dah berkahwin, anak-anak ada beberapa orang. Seorang sudah berkahwin. Ada juga yang sudah bekerja dan beberapa orang lagi masih belajar.

Mereka hidup memang lah tidak daif. Rumah PPRT. Tapiiiii... 

Kebelakangan ini, tiap kali dia dan isteri + mak dia, kalau mereka korek tanah, mereka dapat duit!!! 

Yang terkini, mereka korek tanah. Dapat rm3000 lebih!!!

Ini bukan kisah pemburu  harta karun, ya. Ini betul betul punya kejadian.

Apa sebenarnya yang mereka buat sampai korek tanah sana, korek tanah sini, fulus mariiiii...


Musykil

Mama saya kata, J ni tidak ada tanah sendiri. Bukan orang senang. Sekolah pun tidak tinggi. Tapi, dia nak berubah. Masih ada impian nak berubah demi diri dan keluarga.

Awal tahun ni dia jumpa seorang kawan mama, dia nak sewa tanah untuk usahakan tanaman halia. Tuan tanah bersetuju. Dia sewakan 1 ekar tanah pada J.

9 bulan kemudian (sekarang ni laaa), tiba musim menuai hasil tanaman. J cerita pada mama saya, antara para pemborong yang datang, ada yang membuat jangkaan (estimation) keseluruhan hasil halia J yang 1 ekar ni nilainya kira-kira RM25K... RM25000!!!!??? WHAT!!! Unbelievable, but it's true!

Ini estimation berdasarkan pengalaman mereka membeli hasil-hasil halia dari peladang-peladang halia sebelum ini.

Subhanallah!!! 1 ekar tanaman halia J tu bernilai RM25000!!! Wow!!! Hebatnya!!! (saya melopong sungguh masa mama cerita hal ni pada kami kelmarin). Mata pun nampak RM sign saja masa mama bercerita.

Kami yang ada tanah 5 ekar lebih bersebelahan saja dengan tanah yang si J sewa, tak tahu menahu pun dia ada tanam halia. Tak tahu pun halia ni boleh menjana pendapatan jangka panjang. Ya Allah... Subhanallah..

Pagi tadi ketika saya dan mama di kebun, J dan isterinya lalu depan kebun kami. Dia berhenti sekejap sebab mama panggil. Rupanya mama nak beli benih halia dalam RM100 atau lebih.

J tak janji sebab ada pembeli halia lagi akan datang esok. Pembeli tu hendak membeli 500KG halia dari J. Mama tanya sekilo halia harganya berapa.

"Kalau gred A, RM8 sekilo. Kalau gred B, RM6 sekilo" balas isteri J.

Korek, korek 500KG halia, mereka dapat antara RM3000 ke RM4000. Perrrgghhh!!! Korek korek dapat duit. Korek lagi, dapat lagi duit. Sambil tu tanam lagi. Nanti korek lagi.. Dapat duit lagi.. Mak aiiii... tanam duit, korek duit, duit sudah bertambah-tambah.. Subhanallah...

(Saya bukan mata duitan.. saya memang sesungguh-sungguhnya terkezut dengan khabar tu) 

Subhanallah.. Murahnya rezeki J sekeluarga, alhamdulillah. Dapat mereka nikmati hidup sedikit lebih senang daripada dulu. Itu lah, kan. Man Jadda, Wa Jada. ^_^


Iktibar

Kerana itulah, pada pagi yang hening dan cerah tadi saya bersemangat ikut mama turun ke kebun. Saya hendak mencontohi kejayaan J sekeluarga mengusahakan tanaman halia.

Kebun yang hendak diusahakan.. Haaa.. semak ka semak? ^_^

Yalah. Dulu dia susah. Tapi kerana masih ada impian, peluang yang diberikan kepada beliau untuk mengubah nasib diri dan keluarga diambilnya dan diusahakan bersungguh-sungguh sampai jadi. Siapa yang beri peluang tu??? Of course! Allah yang beri.

Saya pula, sebelum ni saya jarang nak dengar kisah-kisah kejayaan seperti ini. Tapi semenjak rajin follow page dan blog Dr. Azizan Osman, sehingga akhirnya saya ditemukan secara virtual dengan mentor-mentor saya sekarang (Master Maria dan Master Firdaus), saya dapat rasakan perubahan dalam hidup saya.

Apatah lagi kini saya dapat bekerja bersama-sama mereka dalam group Empayar MariaFirdaus yang mereka tubuhkan untuk sama-sama saling membantu menjayakan bukan saja diri sendiri, malah lebih ramai orang lain yang dahagakan penyelesaian pada masalah-masalah kesihatan, kewangan dan kehidupan mereka.

Saya pun ingin berjaya macam mereka. Macam J. Dan macam ramai lagi di luar sana yang sedang menjejak laluan kekayaan dan kejayaan dunia dan akhirat.

Saya sangat yakin dan percaya, Allah yang temukan mama saya dengan J dan emaknya di tamu kelmarin.

Saya sangat yakin dan percaya, Allah sebenarnya hendak memberikan 1 lagi punca rezeki buat kami sekeluarga melalui pertemuan itu; untuk kami usahakan tanah 5 ekar lebih tu. Daripada biar tanah tu merimbun semak samun, baiklah diusahakan. Alhamdulillah.

Memang saya ada berdoa kepada Allah, memohon dan bertanya kepadaNya: Ya Allah, ada lagi kah order katering.. Atau mungkin rezeki lain yang Engkau nak beri kepada ku sekeluarga? Boleh tak aku minta pada Mu ya Allah.. Aku minta tambahkan lagi rezeki kami dan jadikan kami orang-orang yang Kau redhai di dunia dan di akhirat.

Bila berdoa yang baik-baik, insha Allah dapat yang baik-baik. Walaupun doa tu mungkin pertanyaan atau pengaduan kita kepada Allah.. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati dan fikiran hamba-hambaNya. Saya memang lebih suka memilih cakap direct pada Allah macam tu... Ya, memang laaaa macam muka tidak tahu malu. Tapi memang malu puuuuunnn...

Bukankah bagus malu pada Allah tapi tetap meminta padaNya. Itu tanda kita ini hamba. Lagi pun pernah saya baca, Allah suka pada hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya... ^_^

Allah sengaja bagi kami tahu tentang bisnes tanaman halia ni sebagai the next EXTRA punca rezeki bagi kami sekeluarga. Bukankah ilmu dan pengetahuan juga tergolong dalam THE REZEKI FAMILY. Tahu ka tahu??? Tak tahu??? Tengok kawan sebelah, cakap kesiaaaan. \(^O^)/

Ilmu tentang halia sebagai punca rezeki ni Allah beri. Kalau saya tak buat, tak usahakan, maka tak bersyukur lah tu kan. Hehe.. Yalah, solat sunat dhuha minta rezeki lebih. Solat istikharah minta tunjukkan lagi jalan penyelesaian pada masalah kesempitan hidup. Dah ditunjukkan oleh Allah, kalau tidak diusahakan, memang lah tidak bersyukur dan tidak menghargai tu namanya.

Sebab tu saya bersemangat hendak tanam halia 5 ekar. Tak mengapalah kalau cuma dapat buat sikit-sikit setiap hari, lama-lama jadi lah sebukit dua, kan kan kan.. Insha Allah..

Alhamdulillah.. Sejak menjadi rakan kongsi empayar MariaFirdaus (MFMS), dapat banyak ilmu dan tips mendekatkan diri kepada Allah. Lantas pada masa yang sama mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka dari mana arahnya. Subhanallah..

Terima kasih ya Allah Engkau temukan aku dengan mentor-mentor luar biasa dan ahli keluarga MFMS. Dengan istikharah, Engkau membimbing aku membuat pilihan. Sungguh benar, takkan rugi orang yang solat istikharah. Alhamdulillah.. Saya tak mahu sia-siakan ilham yang Allah beri ini untuk berubah dari hidup biasa biasa kepada hidup luar biasa.

Anda pula bagaimana? Jom berubah!

Kalau anda rasa catatan saya ni bermanfaat, LIKE & SHARE lah dengan famili dan kenalan-kenalan anda. Jangan dapat manfaat sorang-sorang. Jangan dapat pahala sorang-sorang. Sharing is caring.

Terima kasih kerana membaca catatan saya kali ini. Semoga Allah melimpahkan kepada anda semua rahmat dan kasih sayangNya yang tidak terbatas, keberkatan hidup, kekayaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Amiiiinnnn..


Salam Inspirasi dan Motivasi,

Dunia Naeim ^_^

Saturday, October 11, 2014

MAGICNYA DOA

Assalamualaikum.. Salam kekayaan & kejayaan buat sahabat-sahabat pembaca blog Dunia Naeim. Mari kita berdoa semoga Allah Taala mengurniakan limpahan rahmatNya yang tidak putus-putus kepada kita dan ahli-ahli keluarga kita, aamiiinnn..

Tajuk bunyi macam fantasi sikit hari ni, kan.. ^_^ chill out..

Terlintas di fikiran saya suatu keadaan magikal, penuh keajaiban bila melihat sendiri tajuk post ini... ini bagi orang macam saya lah yang pernah mengalami beberapa keajaiban doa. Saya yakin ada ramai lagi di luar sana selain saya yang telah dan sedang mengalami keajaiban doa.

Bagi sayalah kan, doa ni adalah kata-kata, ucapan, harapan, keinginan, fikiran, sangkaan dan perasaan.. Eh, takkan lah semua tu doa??? Sebenarnya semua tu boleh menjadi satu doa, apa lagi seandainya ia diulang-ulang atau berulang-ulang berlaku/ dilakukan.

Ia menjadi seperti ritma, gelombang, ada frekuensi. Dan apa yang diulang-ulang ibarat diundang-undang untuk berlaku atau terjadi. Tak gitu? (^O^)

Simply saying, apa jua yang kita ucapkan, fikirkan, sangkakan (atau PRASANGKAKAN) malah yang kita asyik rasakan (kerana ikut emosi, kalah mental punya pasal pun boleh jadi) semua itu doa.

Kalau ikut kata Dr. Azizan Osman, apa yang kita fikir, rasa, cakap dan amalkan atau lakukan adalah menjadi DOA.

Haaa.. lebih kurang la tu kan dengan apa yang saya maksudkan tadi (*U*)

Saya teringat kata-kata ini:

"if you realized how powerful your thoughts are,
you will never think a negative thought again"
-unk. #TeamZiglar 

Dia maksudkan kalaulah kita tahu betapa berkuasanya fikiran kita ni, kita tak akan memikirkan perkara-perkara negatif lagi (malah asyik fikir positif saja).

Dia faham kuasa pemikiran - apa yang kita fikirkan, itulah yang kita dapat. Faham ke faham? (^O^)



Apa yang kita sangkakan, itulah yang diberi kepada kita. Apa yang kita ucapkan juga adalah apa yang akan terjadi sooner or later (haaaa.. jangan asyik marah anak panggil anak bodoh, bebal bagai.. betul-betul la anak tu jadi bodoh bebal nanti, sendiri menyesal hehehe...). 

Kita asyik rasa diri tidak pandai, tidak hebat, tidak seTERER orang lain, "alah aku ni miskin.. aku ni tak cantik.. tak hensem.. aku ni.. aku ni.."

What you feel about yourselves, is what you exactly are... Speaking kau hehehe..

Allah respon pada kita berdasarkan doa-doa kita, termasuklah apa yang kita fikir, kata, sangka, rasa dan lakukan. Kalau positif semua tu, insha Allah respon yang Allah beri pun positif. Kalau negatif yang kita doakan, maka negatif juga lah hasilnya.


Saya bagi contoh apa yang berlaku pada saya dan famili. Kebelakangan ni saya cuba amalkan solat sunat dhuha, minta tambahkan lagi rezeki dari Allah Taala. Doa yang baik tu.... Ada pesanan dari sebuah page yang berbunyi: kita solat sunat dhuha bukan sebab nak minta rezeki lebih, tapi sebab nak bersyukur dengan rezeki yang telah Allah beri.

Saya buat saja solat sunat dhuha seikhlas yang boleh dengan fikiran dan niat yang positif, bersyukur dengan rezeki yang Allah sudah beri DAN minta ditambahkan lagi rezeki.. Kerana Allah itu Maha Memberi dengan hebat dan luar biasa sekali. Allah itu Maha Kaya, tiada siapa pun memiliki kekayaan seperti Allah, malah Dia yang memberi kekayaan kepada sesiapa jua yang dikehendakiNya.. termasuklah kepada sesiapa yang meminta kekayaan daripadaNya.. Tidak salah kalau kita minta dari Allah... bukan minta dari makhluk-makhlukNya. Tidak salah, kan? ^_^

Selesai solat dhuha saya berdoa sebagaimana biasanya doa solat dhuha dibaca.

Order katering famili saya datang tidak putus-putus dalam sebulan lepas. Subhanallah.. Allah itu memang Tuhan yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Maha Memberi dan Dia menunaikan doa hamba-hambaNya. Sama ada sooner or later.

Magicnya doa.. kita berdoa meminta yang baik-baik, kita meminta dengan berfikir, bersangka, merasa dan melakukan yang baik-baik. Insha Allah kita mendapat hasil/respon yang baik juga.

Apa manfaatnya saya kongsikan bab MAGICNYA DOA ni? Supaya kita saling sentiasa memperingati untuk berkata yang baik-baik, fikir, sangka dan rasa yang baik-baik, dan buat yang baik-baik saja la semuanya. Yang baik dan positif saja. Lagi baik kalau buat dengan ikhlas. Insha Allah, Allah beri kita yang terbaik dan positif juga. ^_^

Kalau anda rasa catatan ringkas ini bermanfaat buat diri dan juga orang lain, apa kata LIKE dan SHARE catatan ini supaya orang lain pun dapat beroleh manfaat darinya. Anda pun tidak rugi, dapat pahala buat kebaikan berganda-ganda insha Allah.


Terima kasih kerana membaca catatan ini, semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan buat anda semua sepanjang hayat, amiiinnn.. (^^,)

Dunia Naeim
~M2B April 2016, berani berimpian mengubah kehidupan~



Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
dreamteam.nag@gmail.com
013-8833739 (Whatsapp, Telegram, SMS, Call)

PM saya di FB: Klik Sini!

Thursday, October 2, 2014

WAH! BAGUSNYA HARGA MINYAK NAIK LAGI!



http://fuh.my/harga-minyak-ron95-dan-diesel-naik-20-sen-mulai-2-oktober-2014/

"Uik! Harga minyak naik lagi la!!!"
"Hah???!!!! Naik lagi?? Naik berapa???"
"20 sen"
"Adoyai... nanti harga barang-barang pun sure naik punya.."

Mungkin ini antara perbualan yang berlaku dalam negara kita ketika ini disebabkan berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang diumumkan semalam.

Terbayang juga nasib pengguna-pengguna jalan raya, yang bekerja pula rumah jauh dari tempat kerja, terpaksa meredah trafik berjam-jam yang akhirnya 'jammed'... mesti banyak minyak nak guna, kan.

Dan mesti belanja minyak pun naik.

Hmmmm... adakah gaji akan dinaikkan berikutan kenaikan harga minyak ni? Kalau naik, cukupkah untuk back-up penggunaan minyak setahun?Apa yang kita tahu baru-baru ini telah sah bahawa tidak akan berlaku kenaikan gaji untuk 2015. Jom kira! Kalau sebelum ini penggunaan minyak harian untuk pergi bekerja katalah RM10 sehari (andaian sahaja. Keadaan sebenar mungkin lebih lagi dari RM10). Bagi yang bekerja 270 hari setahun (andaian bekerja 6  hari seminggu, cuti 40 hari setahun), penggunaan minyaknya untuk ulang-alik ke tempat kerja adalah RM10 X 270 = RM2700 setahun.

Kenaikan harga terkini pasti akan melonjakkan penggunaan minyak ke sekurang-kurangnya RM13 sehari. RM13 X 270 = RM3510. Kena peruntukkan extra RM810 setahun untuk minyak. Bagaimana kalau harga tu akan naik lagi tahun depan? Kenaikan gaji? Errr.. setakat ni memang sudah sah kenaikan gaji tidak akan berlaku, ulang suara, tidak akan berlaku buat masa ini.

Boleh baca di http://www.ammboi.com/2014/09/24/kakitangan-awam-bakal-terima-kenaikan-gaji-baru-pada-januari-2015-hanya-berita-palsu/

Tapi kita just bayangkan... bayangkan saja ya, bukan benar-benar berlaku... gaji bulanan dinaikkan sebanyak RM100. RM100 X 12 bulan = RM1200 setahun. Memang boleh cover extra RM810 penggunaan minyak berulang-alik ke tempat kerja, kan. Ada laaaa lebih RM320 setahun.. 

Senario sebenarnya, kereta yang kita miliki tu, bukan bertujuan sekadar kemudahan ke tempat kerja sahaja. Dan penggunaan minyak harian bukan setakat RM10 sahaja. Kan? Makanya RM1200 itu
pun sebenarnya tidak cukup. Itu kalau gaji naik. Setakat hari ini memang sah berita kenaikan gaji yang digembar-gemburkan baru-baru ini hanyalah palsu belaka.

Itu belum masuk bab harga barang-barang naik disebabkan harga petrol dan diesel naik.

Eh??? Kenapa pula harga barang pun kena naik juga???

Laaaa... Kan pergerakan barang-barang pengguna ni menggunakan kenderaan. Apa tu istilahnya...
LOGISTIK haaaa.. Logistik. Lori, kapal laut, van dan semua-semua yang mengangkut barang-barang
tu kan kenderaan berenjin guna petrol dan diesel. Mesti la harga barang pun naik untuk cover kos kenaikan harga minyak.

Kenaikan harga minyak ni bukan eksklusif untuk para pengguna sahaja, tapi kepada seluruh rakyat negara ini, termasuklah para peniaga, para industrialis. Oleh itu, memang kenaikan harga barang ni susah nak dihindari, sama ada sooner or later.. sama ada oleh sebab minyak naik harga atau gaji naik
atau natural inflation.. Hehe buat istilah sendiri :P

http://drmaza.com/home/?p=2493

Ini bukan bertujuan menjadikan anda bertambah STRESS. Ini adalah senario yang lazimnya berlaku berdasarkan pengalaman-pengalaman kenaikan harga minyak sebelum ini. Aduan-aduan berkenaan harga barang naik, gaji tidak cukup akan jadi bahan bualan di mana-mana saja, bukan untuk tempoh masa yang sekejap. Tapi untuk beberapa waktu sehingga berlaku lagi kenaikan harga minyak atau harga barang yang seterusnya.

Ok. Ok. STOP. Jangan diteruskan mood stress ini..

Eh.. itu belum masuk bab cover hutang.. macam tidak akan cukup la gaji bulanan ni, belum masuk belanja diri, famili, keluarga di kampung... stresssss!!!!.. Ok STOP! CUKUP!..  ~(*O*)~

Terfikir pula betapa bahagia dan seronoknya kalau ada extra income setiap bulan. Kalau laaaa ada extra income setiap bulan 3 angka pun ok. Kalau extra 4 angka lagi la ok. Kalau extra 5 angka.. mak oii!!! Selesai masalah harga minyak naik ni. Kira, kira, kira.. wuuiiihhh!!! Banyak extra tuuuuu... Tapi dari mana hendak dapatkan duti extra setiap bulan tu??

Dari berniaga laaaaa... buat extra kerja.. insha Allah dapat la extra pendapatan.

Eh, mana ada masa buat bisnes.. Kerja from 9 to 5. Bila masa nak berniaga nyaaaa.. Sudah la penat. Balik rumah mesti nak rehat. Nanti besok kerja lagi, kalau rehat tidak cukup, kerja pun tidak produktif...

http://www.mariafirdaus.com.my/2009/11/potret-kejayaan-kemboja.html

Memang betul la tu. Tapi sekarang kita dalam krisis harga minyak sudah naik. Kewangan kita pun sudah kureeeeeng gitu untuk menampung sara diri. Bolehkah kita buat tidak tahu, anggap semuanya macam biasa, nothis has happened...

Sedangkan jumlah nak disimpan setiap bulan (kalau ada) sudah berkurang, belanja makan minum harian diri sendiri sudah berkurang. Belum lagi belanja anak-beranak.. Ibu bapa.. Bolehkah kita duduk goyang kaki saja buat buat tidak tahu akan semua ni???

Saya bukan berniat memberi perspektif seorang pesimis. Hehehe.. Siapa kata tak boleh buat bisnes selepas waktu kerja? Buat bisnes tidak semestinya kena keluar rumah, pergi menjual dari rumah ke rumah atau kena setup kedai/kiosk berniaga di tapak-tapak perniagaan.

Berniaga zaman sekarang memang boleh dilakukan 100% dari rumah. Tahu ke tahu? :)

Ada ramai orang sebenarnya melakukan kerjaya berniaga dari rumah. Untuk menampung belanja bulanan, cari duit extra setiap bulan kerana gaji tidak mencukupi untuk diri dan keluarga. Cara paling mudah adalah berniaga dari rumah. Berniaga ATAS TALIAN atau orang kata ONLINE. Modal pun keciiiiiil.

Kan zaman sudah berubah. Kerjaya moden zaman ini melakukan perniagaan dari rumah, tidak perlu
keluar rumah sangat, memang berlaku..

Macam kami di Empayar MariaFirdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS). Kami berniaga secara online... Jual beli, promosi, transaksi membuat bayaran semuanya dari rumah saja.

Eh saya bukannya pandai berniaga online ni. Lagi pun saya bukannya ada komputer di rumah..

Laaaa.... Zaman sekarang zaman semuanya terletak DI HUJUNG JARI. SMS, buat panggilan telefon,
taip dokumen, emel, chat, status FB, etc etc etc.. Ramai orang ada alat yang dipanggil mobile phone, handphone dan smartphone. Dan ramai orang ada akaun FB.

Kalau kita amati betul-betul, ramai nyaaaaa orang guna smartfon tapi tidak menjana income atau keuntungan melalui smartfon tu, sekadar buat ambil gambar, video call, rakam itu, rakam ini, share itu, share ini, status itu, status ini.. tapi tidak pula digunakan untuk buat bisnes. Sayang nyaaaaa...

http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=75791:girls-more-dependent-on-smartphones-than-boys-survey&Itemid=3#axzz3EwFnGkAR

Mana-mana perniagaan pun, asasnya sama: urusniaga JUAL - BELI. Cuma bezanya berniaga online memang perlu ada laluan internet. Yang best nya, kebanyakan orang zaman sekarang memang ada smartfon, ada internet smartfon tu. Eh! So, boleh la buat bisnes online, kan??? Of coooooursee boleh.

Kalau kita boleh update status FB guna smartfon tu, boleh sms, whatsapp, telegram, wechat, twitter, instagram ka, haaaaa... insha Allah kita boleh buat bisnes online. Tak susah sangat pun. Macam kami di MFMS, ada mentor-mentor handalan yang bimbing macam mana buat bisnes online sampai berjaya. Ada sifu-sifu ajar macam mana buat blog untuk bisnes dan macam-macam lagi teknik berniaga online. Ada support group untuk saling beri tunjuk ajar.. Macam-macam adaaaaa..

Ada yang tak pernah buat blog atau tidak ada akaun FB, sekarang fuiiyyoooo status FB macam-macam, blog update hampir setiap hari. Siap bagi bermacam-macam tips lagi.. Bisnes pula menjadi-jadi. Huru-hara dan kencang gituuuu..

BISNES ONLINE ni sebenarnya memang mudah kalau anda tahu caranya, kalau anda ada mentornya, ada ilmunya, ada sistemnya, ada set tindakannya.. Saya nak tapi di mana nak dapatkan semua tu??? Tentang itu, anda kena la hubungi saya.

Boleh hubungi saya di whatsapp/telegram/wechat/sms 013-8833739.

Pengajarannya dari isu kenaikan harga minyak ni:

Jangan biarkan diri kita terbelenggu atau dibelenggu oleh keadaan. Setiap masalah adalah cabaran. Setiap cabaran adalah peluang untuk memperbaiki diri ke tahap yang lebih baik lagi. Setiap masalah yang datang ada pengajaran, ada penyelesaian. Tapi penyelesaian hanya akan menjadi kalau kita bertindak sekarang untuk mengubah nasib diri dan famili kita.

Bertindak sekarang.

Kalau anda rasa coretan ini bermanfaat, silakan LIKE & SHARE dengan kawan-kawan anda agar
mereka pun turut sama mendapat manfaat darinya. Dan semoga anda pula mendapat share akhirat iaitu pahala kerana menyebarkan perkara yang bermanfaat positif kepada ramai orang, insha Allah.

Salam kekayaan dan kejayaan buat semua yang sudi membaca coretan saya. Semoga Allah permudahkan segala urusan hidup kita di dunia dan di akhirat, dan melimpahkan kepada kita hikmah, rahmat, barokah dan keredhaan-Nya. Amiinnn..

Dunia Naeim.
~M2B April 2016, berani berimpian mengubah kehidupan~

Monday, September 29, 2014

TERIMA KASIH CINTA

Assalamualaikum warahmatullah. Salam sejahtera semua.

Semoga sesiapa saja yang membaca catatan ini dikurniakan rahmat, kasih sayang, barokah, kesejahteraan, kekayaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Ku harap kalian akan mendoakan yang serupa jua buat ku.

Ketika catatan ini mula ku taip, matahari baru mengintai-intai di balik jajaran bukit di sebelah timur lembah nan dingin ini. Air paip di dapur masih sejuk. Kabus di perbukitan mula menipis. Burung-burung kecil berbunyi riang. Kedengaran bunyi ayam berkokok di halaman jiran. Pagi ini seperti juga pagi-pagi yang lain, jiwa terasa damai sedamai suasana pagi yang indah ini. Sekarang musim hujan sebelah petang. Maka sebelah pagi selalu kelihatan sang mentari terbit dengan sinarnya yang cemerlang.

Pagi nan hening

Sejak pagi kelmarin aku berfikir apakah yang hendak ku tulis seterusnya di blog. Ada beberapa tajuk yang bermain di fikiran ku. Walau sudah ku catat dalam buku catatan blog ku, namun hati ku seperti berbisik "bukan.. bukan ini". Apakah yang hendak ku tulis sebenarnya untuk kali ini.....

Semalam hati ku digerakkan untuk membaca catatan di blog Wan Muliani, Beliau menulis tentang beza antara hidup yang produktif dan sibuk. Catatannya menusuk ke dalam kalbu, membuat aku sendiri bertanya kepada diriku apakah aku ini produktif atau sibuk? Apakah selama aku hidup ini, aku lebih banyak sibuk, menyibuk, buat-buat sibuk, kesibukan dan tersibuk-sibuk?

Pak Mario Teguh Pesan

Persoalan ini membuat aku bertekad: aku mesti lebih bersungguh-sungguh, fokus dan produktif dalam apa yang ku usahakan sekarang. Terutama sekali sekarang aku ingin menebus semula apa yang telah berlaku beberapa tahun ini. Doakan diri ini panjang umur agar dapat ku tulis sebuah ebook nanti; ebook motivasi yang berkisar tentang kebangkitan jiwa yang sudah jatuh terjelepuk di dataran kegagalan. Amiiinnn..

Catatan Wan Muliani membuatkan aku tersedar aku baru 50% dalam usaha mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi. Aku belum betul-betul mengusahakan seperti yang disarankan mentor-mentor ku. Mereka berjaya mengatasi masalah msing-masing dan begitu intim dengan Allah Taala kerana melakukan 200% usaha demi mencapai kegemilangan dunia dan akhirat.

Hmmmm.... Kerana itu, inilah yang pertama ku catat pagi ini setelah minda ku dicuci semalam (ini apa yang aku rasa). Aku ingin menulis blog ini dengan ikhlas, dengan niat memberikan yang terbaik dari diri ini walaupun terdapat kecatatan di sana sini.

Subuh tadi, aku dikurniakan satu ilham tentang apa yang harus ku nukilkan di blog. Suatu catatan yang sedikit personal, lebih menuju ke dalam diri ku sendiri. Menulis apa yang ingin ku ungkapkan sejak aku mula faham aku harus lebih banyak mensyukuri segala nikmat, dan juga ujian, yang diberikan oleh Sang Pencipta, Allah Azza Wa Jalla.


jambatancintailahi.blogspot.com

Terima kasih ku pada Mu, ya Allah. Sepanjang hayat ku selama aku tahu membezakan antara baik dan buruk, dosa dan pahala, aku rasa aku lebih banyak berdosa. Aku berterima kasih dan bersyukur kepada Mu kerana sungguh pun aku sentiasa saja ada melakukan dosa, Engkau tetap memberi ku hidayah, memimpin ku untuk sentiasa kembali mengikuti petunjuk Mu, mengikuti jalan yang lurus. Memang sudah banyak kali Engkau menyelamatkan aku dari terjerumus ke lembah kesesatan dan kejahatan. Terima kasih ya Allah.

Ya Allah, untuk kali ini, aku menemui jalan mendekatkan diri kepada Mu setelah Engkau makbulkan doa-doa ku. Saat aku dalam krisis kehidupan, Kau datangkan kepada ku petunjuk dan jalan keluar dari segala kekusutan fikiran dan simpulan-simpulan masalah yang ketat mengikat diri ku. Saat aku hampir lemas di lautan  bernama gagal, Engkau hulurkan pelampung keselamatan dan tali bantuan dunia dan akhirat menarik ku ke atas dan memijak daratan yang luas; Kau selamatkan aku dan meletakkan aku di satu jalan yang kalau aku ikuti jalan ini, dengan izin Mu, aku akan tiba di puncak gunung kejayaan dan kekayaan dunia dan akhirat.

Pesanan DAO

Aduhai.. Alangkah bertuahnya diri ini. Begitu banyaknya kesilapan dan dosa yang telah ku lakukan, tapi Engkau, ya Allah, ya Rahman, ya Rahim tetap memakbulkan permintaan-permintaan ku untuk bebas dari belenggu masalah hidup ku. Engkau berikan aku jalan dan Engkau temukan aku dengan insan-insan yang sentiasa menasihat, memotivasi, dan menginspirasi diri ini ke arah hidup yang lebih cemerlang.

Kau berikan aku peluang yang entah sudah ke berapa kali. Tapi kali ini peluang ini yang ku cari-cari selama ini ya Allah. Aku sungguh bersyukur dan berterima kasih kepada Mu Ya Rabbul Alamin. Aku bertekad, pilihan terbaik ini yang Dikau tunjukkan kepada ku setelah tiga kali istikharah kepada Mu tidak akan ku sia-siakan. Aku yakin sepenuhnya, apa yang Engkau pilihkan adalah yang terbaik.

zackm2u.blogspot.com

Aku sudah puas gagal beberapa tahun ini ya Allah. Kali ini, aku mahu daki gunung kejayaan yang Engkau tunjukkan kepada ku. Aku mahu jadi kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. Aku mahu bantu seramai orang yang mungkin untuk sihat dan bebas kewangan, seperti mana kau datangkan kepada ku insan yang membantu ku untuk sihat dan menjana kewangan ku. Aku mahu jadi hamba Mu yang Kau redhai selama-lamanya. Kerana itu aku mohon bantuan Mu... Dan aku akan selalu memohon lagi dan lagi dan lagi kepada Mu selama hayat ku dikandung badan, memohon bimbingan dan petunjuk Mu ke puncak jaya.

Terima kasih ya Allah. Terima kasih ya Rahman. Terima kasih ya Rahim. Terima kasih atas segalanya. Izinkan hamba yang hina ini untuk terus memohon cinta kasih Mu, belas kasihan Mu, rahmat dan petunjuk Mu, selagi diri ini masih bernyawa. Terima kasih Cinta..

Dunia Naeim
~M2B April 2016, berani berimpian mengubah kehidupan~

Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
dreamteam.nag@gmail.com
013-8833739 (SMS, Whatsapp, Call)

PM saya di FB: Klik Sini!






Saturday, September 27, 2014

AKU SUDAH JATUH HATI

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Dunia Naeim. 

Ya betul, saya mengubah nama blog ini dari nama asalnya EIM AG MENULIS kepada DUNIA NAEIM. Selamat datang ke dunia saya! \(^O^)/

Untuk makluman semua, blog ini akan berubah alamat (web address) dalam tempoh 30 jam dari sekarang. Saya umumkan awal-awal supaya anda tidak hairan mengapa blog Eim AG Menulis sudah tiada atau URL nya tidak valid. ^_^ Ini web address baru blog ini, bookmark ya:

www.dunia-naeim.blogspot.com

Saya sangat mengalu-alukan lawatan anda semua ke blog ini, terima kasih kerana sudi menjenguk-jenguk segala catatan yang saya sajikan buat bacaan anda semua.

Saya doakan semoga anda dan juga saya sama-sama dilimpahkan banyak kurnia, rahmat, kasih sayang, kejayaan & keberkatan hidup di dunia & akhirat, amiiinnn. Semoga Allah mengabulkan doa ini, amiiiinnn.

Da da di di du di da da di
Terima kasih daun keladi
Da da di di du di da da di
Aku sudah jatuh hati...

Ish ish iiiissssshhh. ini kemaruk jatuh hati sampai teringat lagu 'dolu-dolu' nyanyian Zur Eda (eh betul ka??).. Ooopss.. Nurshila Amin kalau tidak silap. Jatuh hati yang asyik lah ni sampai boleh nyanyi lagu cinta tahun 90-an, sentimental gitu. (^O^)

Dengan siapakah saya telah jatuh hati ni?? Aduh.. Dari cerita VIVIX, tiba-tiba masuk cerita jatuh cinta, apa hal ni. Mesti ada yang sudah berlaku sampai jadi jatuh hati ni. Apakah...

(^_^) psssttt... saya dah jatuh cinta dengan EMPAYAR MARIA FIRDAUS MILLIONAIRES IN SHAKLEE (MFMS)... (^O^) Haaaiiiiiii.. aduhai.. apa ni empayar empayar ni, millionaires, shaklee apakah semua ni??? Empayar kerajaan mana ni???  Bukan jatuh cinta dengan teruna idaman ka???

No, no, no. Jatuh cinta dengan MFMS. Eh, syok sangat buat bisnes Shaklee di group Empayar MFMS ni. Saya baru dalam 2 minggu lebih join Shaklee di bawah group MFMS, baru bertatih-tatih buat blog ni, macam-macam dipelajari.

Ada bimbingan dari mentor yang betul, rakan-rakan seperjuangan yang positive thinking & happening. (^U^) Ada sistem, teknik, strategi, ilmu+emosi, setting impian, semuanya yang betul la.. best-best la semuanya... Rupanya buat bisnes Shaklee secara online dari rumah ni senaaaaag saja kalau tahu caranya.


Love, love, love..


Beberapa hari lepas kami dikongsikan tips cara promo online yang menarik minat orang. Saya cuba aplikasikan beberapa tips. Berikut respons yang saya terima:

- berminat set pelangsingan.. Belum close tapi saya tetap gembira.
 
Berminat nak slim

- orang bagi respon pada saya di FB (tanya blog saya tentang apa). Syoknya ada orang perasan saya ada blog! ^_^  

- Ada kawan menyatakan minat pada set slimming setelah saya berikan penerangan & banding beza produk. Subhanallah.

berminat slimming set


- Sepupu yang saya promosikan set slimming, tiba-tiba tanya produk untuk bekas pesakit stroke & sakit tekanan darah tinggi.. 

ingin supplement untuk ibu bapa

Subhanallah. Close atau tidak, tak mengapa. Saya gembira ada response yang diberikan, kalau tidak berminat pun sekurang-kurangnya ditolak dengan cara baik. Subhanallah.. dipermudahkan Allah.

Promosi baru tahap minima, masih merangkak-rangkak belum kaw-kaw pun. Boleh ada sambutan & mendapat order??? Itu pun promo produk lain, close/respon untuk produk lain, tetap produk Shaklee juga. Subhanallah.

Apa sebenarnya yang ada dalam Empayar MariaFirdaus ni sampai boleh ada respon macam ni?

  • Group ini ada tips-tips MENJEMPUT & MEMANGGIL rezeki yang eksklusif. (Tidak termasuk jampi serapah syirik ya ^_^ )

  • Group ini ajar orang buat bisnes tanpa perlu ketuk pintu rumah orang, tapi orang yang datang cari kita, masha Allah! Sudah berlaku ke atas saya. (Pun tidak ada unsur-unsur syirik ^_^ )

  • Group ini ajar ahlinya untuk KEJAR DUNIA & AKHIRAT serentak. Saya paling suka ini. Semasa bisnes, buat ibadah. Dalam ibadah, ada pergantungan erat & kuat kepada Allah, bahawa Dia yang memberi rezeki & kita sebagai hamba Allah seharusnya menjaga hubungan denganNya.

  • Group ini ada ramai IBU-IBU yang buat bisnes Shaklee ni secara online DARI RUMAH dengan pendapatan mereka 4 angka ke 6 angka tiap-tiap bulan! (*O*)

Ada lagi sebab-sebab lain yang lagi ummmppphhh... tapi biarlah ia menjadi entri untuk lain kali pula ya. Hehehe..

Kalau anda ingin tahu lebih lanjut lagi tentang MFMS atau nak join group ini, boleh whatsapp/telegram/sms saya 013-8833739, insha Allah saya akan bantu apa yang mampu.

Kesimpulannya? Yup! Memang MFMS IS the most happening Shaklee group in Malaysia  and I love MFMS  \(^o^)/ Saya gembira berada dalam group ni.

Saya suka dapat berkongsi perkara-perkara bermanfaat dengan lebih ramai orang dengan niat menambah nilai kehidupan mereka, di samping membantu mereka menyelesaikan masalah kesihatan & kewangan. Bukan berniaga sahaja, malah lebih dari itu, saya belajar memperbaiki diri, mengubah nasib diri & keluarga, & juga nasib lebih ramai orang lain insha Allah. (^_^)

Terima Kasih Ya Allah kerana Kau menjawab doa-doaku kala aku memohon petunjuk Mu demi kebaikan ku & famili, dunia & akhirat. Kau beri petunjuk Mu dengan mendorong hati ini kepada MFMS. Aku bersyukur ya Allah. Keputusan menyertai MFMS tidak ku kesali, alhamdulillah. (^_^)

Jumpa lagi di entri seterusnya.. Jemput datang lagi ya..


Dunia Naeim
~M2B April 2016, berani berimpian mengubah kehidupan~


Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
dreamteam.nag@gmail.com
013-8833739 (SMS, Whatsapp, Call)

PM saya di FB: Klik Sini!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...