Assalamualaikum warahmatullah. Salam sejahtera semua.
Semoga sesiapa saja yang membaca catatan ini dikurniakan rahmat, kasih sayang, barokah, kesejahteraan, kekayaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Ku harap kalian akan mendoakan yang serupa jua buat ku.
Ketika catatan ini mula ku taip, matahari baru mengintai-intai di balik jajaran bukit di sebelah timur lembah nan dingin ini. Air paip di dapur masih sejuk. Kabus di perbukitan mula menipis. Burung-burung kecil berbunyi riang. Kedengaran bunyi ayam berkokok di halaman jiran. Pagi ini seperti juga pagi-pagi yang lain, jiwa terasa damai sedamai suasana pagi yang indah ini. Sekarang musim hujan sebelah petang. Maka sebelah pagi selalu kelihatan sang mentari terbit dengan sinarnya yang cemerlang.
![]() |
| Pagi nan hening |
Sejak pagi kelmarin aku berfikir apakah yang hendak ku tulis seterusnya di blog. Ada beberapa tajuk yang bermain di fikiran ku. Walau sudah ku catat dalam buku catatan blog ku, namun hati ku seperti berbisik "bukan.. bukan ini". Apakah yang hendak ku tulis sebenarnya untuk kali ini.....
Semalam hati ku digerakkan untuk membaca catatan di blog Wan Muliani, Beliau menulis tentang beza antara hidup yang produktif dan sibuk. Catatannya menusuk ke dalam kalbu, membuat aku sendiri bertanya kepada diriku apakah aku ini produktif atau sibuk? Apakah selama aku hidup ini, aku lebih banyak sibuk, menyibuk, buat-buat sibuk, kesibukan dan tersibuk-sibuk?
![]() |
| Pak Mario Teguh Pesan |
Persoalan ini membuat aku bertekad: aku mesti lebih bersungguh-sungguh, fokus dan produktif dalam apa yang ku usahakan sekarang. Terutama sekali sekarang aku ingin menebus semula apa yang telah berlaku beberapa tahun ini. Doakan diri ini panjang umur agar dapat ku tulis sebuah ebook nanti; ebook motivasi yang berkisar tentang kebangkitan jiwa yang sudah jatuh terjelepuk di dataran kegagalan. Amiiinnn..
Catatan Wan Muliani membuatkan aku tersedar aku baru 50% dalam usaha mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi. Aku belum betul-betul mengusahakan seperti yang disarankan mentor-mentor ku. Mereka berjaya mengatasi masalah msing-masing dan begitu intim dengan Allah Taala kerana melakukan 200% usaha demi mencapai kegemilangan dunia dan akhirat.
Hmmmm.... Kerana itu, inilah yang pertama ku catat pagi ini setelah minda ku dicuci semalam (ini apa yang aku rasa). Aku ingin menulis blog ini dengan ikhlas, dengan niat memberikan yang terbaik dari diri ini walaupun terdapat kecatatan di sana sini.
Subuh tadi, aku dikurniakan satu ilham tentang apa yang harus ku nukilkan di blog. Suatu catatan yang sedikit personal, lebih menuju ke dalam diri ku sendiri. Menulis apa yang ingin ku ungkapkan sejak aku mula faham aku harus lebih banyak mensyukuri segala nikmat, dan juga ujian, yang diberikan oleh Sang Pencipta, Allah Azza Wa Jalla.
![]() |
| jambatancintailahi.blogspot.com |
Terima kasih ku pada Mu, ya Allah. Sepanjang hayat ku selama aku tahu membezakan antara baik dan buruk, dosa dan pahala, aku rasa aku lebih banyak berdosa. Aku berterima kasih dan bersyukur kepada Mu kerana sungguh pun aku sentiasa saja ada melakukan dosa, Engkau tetap memberi ku hidayah, memimpin ku untuk sentiasa kembali mengikuti petunjuk Mu, mengikuti jalan yang lurus. Memang sudah banyak kali Engkau menyelamatkan aku dari terjerumus ke lembah kesesatan dan kejahatan. Terima kasih ya Allah.
Ya Allah, untuk kali ini, aku menemui jalan mendekatkan diri kepada Mu setelah Engkau makbulkan doa-doa ku. Saat aku dalam krisis kehidupan, Kau datangkan kepada ku petunjuk dan jalan keluar dari segala kekusutan fikiran dan simpulan-simpulan masalah yang ketat mengikat diri ku. Saat aku hampir lemas di lautan bernama gagal, Engkau hulurkan pelampung keselamatan dan tali bantuan dunia dan akhirat menarik ku ke atas dan memijak daratan yang luas; Kau selamatkan aku dan meletakkan aku di satu jalan yang kalau aku ikuti jalan ini, dengan izin Mu, aku akan tiba di puncak gunung kejayaan dan kekayaan dunia dan akhirat.
| Pesanan DAO |
Aduhai.. Alangkah bertuahnya diri ini. Begitu banyaknya kesilapan dan dosa yang telah ku lakukan, tapi Engkau, ya Allah, ya Rahman, ya Rahim tetap memakbulkan permintaan-permintaan ku untuk bebas dari belenggu masalah hidup ku. Engkau berikan aku jalan dan Engkau temukan aku dengan insan-insan yang sentiasa menasihat, memotivasi, dan menginspirasi diri ini ke arah hidup yang lebih cemerlang.
Kau berikan aku peluang yang entah sudah ke berapa kali. Tapi kali ini peluang ini yang ku cari-cari selama ini ya Allah. Aku sungguh bersyukur dan berterima kasih kepada Mu Ya Rabbul Alamin. Aku bertekad, pilihan terbaik ini yang Dikau tunjukkan kepada ku setelah tiga kali istikharah kepada Mu tidak akan ku sia-siakan. Aku yakin sepenuhnya, apa yang Engkau pilihkan adalah yang terbaik.
![]() |
| zackm2u.blogspot.com |
Aku sudah puas gagal beberapa tahun ini ya Allah. Kali ini, aku mahu daki gunung kejayaan yang Engkau tunjukkan kepada ku. Aku mahu jadi kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. Aku mahu bantu seramai orang yang mungkin untuk sihat dan bebas kewangan, seperti mana kau datangkan kepada ku insan yang membantu ku untuk sihat dan menjana kewangan ku. Aku mahu jadi hamba Mu yang Kau redhai selama-lamanya. Kerana itu aku mohon bantuan Mu... Dan aku akan selalu memohon lagi dan lagi dan lagi kepada Mu selama hayat ku dikandung badan, memohon bimbingan dan petunjuk Mu ke puncak jaya.
Terima kasih ya Allah. Terima kasih ya Rahman. Terima kasih ya Rahim. Terima kasih atas segalanya. Izinkan hamba yang hina ini untuk terus memohon cinta kasih Mu, belas kasihan Mu, rahmat dan petunjuk Mu, selagi diri ini masih bernyawa. Terima kasih Cinta..
Dunia Naeim
~M2B April 2016, berani berimpian mengubah kehidupan~
Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
dreamteam.nag@gmail.com
013-8833739 (SMS, Whatsapp, Call)
PM saya di FB: Klik Sini!




No comments:
Post a Comment